This article is written in Bahasa Malaysia.

Bermula hari pertama banjir sehingga hari ini, dermawan dan aktivis sosial, Datuk Seri R. Jeyendran tidak putus-putus membantu mangsa-mangsa terlibat dalam bencana alam berkenaan.

Malah pengasas syarikat perkapalan selama lebih 17 tahun iaitu Maritime Network Sdn Bhd sendiri turun padang menggunakan bot-bot milik syarikatnya ke kawasan dilanda banjir.