This article is written in Bahasa Malaysia.

Syarikat perkapalan, Maritime Network Sdn Bhd menyumbang satu lagi kontena untuk digunakan sebagai tempat penyimpanan mayat mangsa Covid-19 kepada Hospital Sungai Buloh hari ini.

Ini merupakan kontena ketiga yang disumbangkan oleh Maritime Network yang diasaskan oleh Datuk Seri R Jeyendran dalam tempoh tidak kurang 10 hari.

Jeyendran berkata, syarikatnya akan menyumbang dua lagi kontena pada minggu hadapan untuk kegunaan hospital di Kedah dan penyerahannya dalam peringkat akhir.