This article is written in Bahasa Malaysia.

Aktivis sosial dan dermawan, Datuk Seri Jeyenderan Ramasamy hari ini tampil menyumbang sebanyak 1,600 kilogram (kg) daging kepada golongan terjejas dan barisan hadapan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha hari ini.

Sebanyak 50 ekor kambing dan 600 ekor ayam telah disumbangkan di enam lokasi bagi tujuan juadah hari raya di sekitar Lembah Klang.

Sumbangan itu juga turut dihulur kepada golongan terjejas bukan Islam untuk tujuan yang sama.