This article is written in Bahasa Malaysia.

Aktivis sosial, Datuk Seri R Jeyendran tidak melepaskan peluang untuk turun padang menghulurkan bantuan kepada komuniti yang terkesan akibat banjir di seluruh negara.

Bantuan diagihkan dalam pelbagai bentuk termasuklah wang tunai serta barangan keperluan asas seperti toto, almari, barangan elektrik dan makanan.

Tanpa mendedahkan nilai sumbangan yang dihulurkan, kata pengasas syarikat perkapalan Maritime Network Sdn Bhd berkata, pihaknya telah mula turun membantu sejak hari pertama musibah itu berlaku.