This article is written in Bahasa Malaysia.

Semakin ramai tampil menyumbang dalam pelbagai cara bagi bersama-sama menangani pandemik Covid-19 yang semakin menggila saban hari di negara ini.

Maritime Network Sdn Bhd yang diasaskan oleh Datuk Seri R. Jeyendran tampil menyumbang dua kontena bernilai hampir RM100,000 yang siap diubah suai dengan sistem sejuk beku kepada hospital yang memerlukan.