This article is written in Bahasa Malaysia.

Semangat Keluarga Malaysia diterjemahkan seorang usahawan sebuah syarikat perkapalan dengan baik apabila beliau menyumbang kenderaan eksekutif miliknya untuk kegunaan menguruskan jenazah Muslim.

Dermawan berkenaan yang juga pengasas dan pemilik syarikat Maritime Networks Sdn Bhd, Datuk Seri R Jeyendran, 42, berkata, dia terbuka hati menyumbang Toyota Vellfire miliknya untuk digunakan Pertubuhan Sentuhan Setia Kasih (PSSK) selepas menyedari mereka menguruskan jenazah secara percuma.