This article is written in Bahasa Malaysia.
Kedudukan Malaysia sebagai negara maritim yang strategik menjadi pemangkin kepada perkembangan industri perdagangan sejak berkurun lamanya.
Malah faktor geografi itu memberikan impak kepada kepesatan besar industri dan infrastruktur perkapalan di negara ini.
Namun selepas hampir tiga tahun negara dilanda pandemik Covid-19, industri perkapalan tetap beroperasi dengan kelangsungan aktiviti import, eksport dan pembekalan keperluan bahan mentah dengan lebih 80 peratus perdagangan dunia melalui perairan.
Data ini menjustifikasikan Malaysia menjadikan Laut China Selatan dan Selat Melaka sebagai koridor maritim utama serta zon ekonomi eksklusif…